Latar belakang

Majlis Dakwah Negara (MDN) telah ditubuhkan pada 24 Julai 2013. Professor Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Ab Majid, Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) telah menginisiatifkan agar MDN didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Pendaftarannya telah diluluskan pada 19 September 2018 dengan nombor pendaftaran di Wilayah Persekutuan.

MISI
Menjadi Pusat Pengembangan Sumber Daya dan Keilmuan Umat Islam ke Arah Penyatuan Ummah

VISI
Mewujudkan Mekanisme Perpaduan Ummah yang Dianggotai oleh Individu dan Organisasi dari Pelbagai Lapangan Dalam dan Luar Negara

Objektiv

  • Mengambil kira dan memanfaatkan keberadaan semua organisasi dan orang perseorangan yang berada di pentas dakwah dalam negara.
  • Membina jaringan dakwah yang berkesan bagi menyatu-padukan semua idea dan gerak kerja yang sedia ada bagi tujuan keselarasan matlamat dan cara berdakwah di negara ini.
  • Mencetus dan merealisasikan inovasi dakwah dalam merangka pembaharuan dakwah bagi disesuaikan dengan keperluan negara dan masyarakat.
  • Mengambil daya utama melebarkan jaringan dakwah di peringkat antarabangsa berasaskan kepentingan perkembangan Islam sejagat

Dasar - dasar utama

  • Memperkukuh kedudukan Islam sebagai agama negara
  • Menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu
  • Memangkin perpaduan ummah
  • Menerima kebebasan beragama berasaskan lunas perlembagaan negara
  • Mendukung pembangunan negara
Perlukan bantuan kami?

Hubungi kami di pejabat MDN yang berhampiran dengan anda atau serahkan pertanyaan dalam talian.

Perlukan Khidmat Nasihat dari MDN ?